Header Ads

No. 1 & 2, Jalan Universiti 13 dan No. 17-1,
Jalan Universiti 10, Taman Universiti,
Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
En Sham (012-736 3269) | Pn Wati (012-740 9224)

Pengantin Juara Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia musim ketiga


Homestay Harmoni merupakan salah satu homestay yang telah dipilih sebagai tempat penginapan rombongan pengantin.
Kisah lanjut berkenaan dengan pengantin Juara Gerbang Cinta adalah seperti berikut:

BATU PAHAT 10 Jun - Cinta 'utara dan selatan' yang terjalin sejak enam tahun lalu membawa ke jenjang pelamin hari ini buat juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3, Nor Syafiqah Mohamed, 25, dan Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi, 27.

Majlis persandingan berkonsep dalam taman, antara Mohd. Firdaus yang berasal dari Perlis dan Nor Syafiqah berlangsung meriah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Parit Kemang Tengah, Senggarang, di sini hari ini.

Nor Syafiqah yang masih dalam pengajian di peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan pasangannya yang merupakan jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kelantan, kelihatan segak dan menawan dalam busana pengantin gaya Inggeris rona putih gading.

Busana rekaan Dios Astana Bridal yang tetap mengekalkan ciri kemelayuan dan gaya muslimah menyerlahkan aura pengantin, sepadan dengan konsep persandingan dalam taman.

Sementara itu, Nor Syafiqah berkata, dia mula berkenalan dengan Mohd. Firdaus ketika kedua-duanya masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan dia tertarik dengan ketegasan serta ciri-ciri kepimpinan pasangannya itu.

"Bagaimanapun dalam ketegasannya, abang (Mohd. Firdaus) menangis kesyukuran apabila saya memaklumkan menerusi telefon tentang kemenangan kami dalam peraduan Gerbang Cinta," katanya.



Turut hadir, Ahli Parlimen Batu Pahat yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaaffar Hashim; Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Jalaludin Abd. Aziz; Penolong Ketua Pengarang II Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Mega, Aznan Bakar.

Berita Lanjut: utusan.com.my

No comments

Powered by Blogger.